ISO, Teknik Multi Exposer, dan masalah Filter

Soalan:

At 08:08 PM 5/24/01 +0800, you wrote:

Assalamualaikum.
Sekali lagi saya ingin bertanya dengan saudara tentang beberapa soalan.

1) Saya menggunakan filem ISO 200 tetapi di kamera saya setkan 400. Bolehkah begitu dan apakah kesan pada gambar setelah siap..

2) Saya ada melihat satu gambar kawan saya sewaktu melangsungkan perkahwinan beliau, ada satu gambar yang dia berada di dalam kamera. Adakah itu dinamakan teknik dan bagaimana melakukannya.

3) Saya ada mencari filter Polairazing dengan harganya RM 136 adakah itu harga yang sepatutnya atau dia mengambil kesempatan
      .
4) Bolehkah saya menggunakan  filter UV sepanjang masa sewaktu merakamkan gambar di waktu siang dan malam. Adakah ia memberi kesan pada gambar.

Segala pertolongan saudara sangatlah saya hargai, semoga Allah merahmati saudara. Berbanyak terima kasih dari saya


Jawapan:


To: "anuar ibrahim" <tomatinto@hotmail.com>
Subject: Re: NAK TAHU

Waalaikummussalam.
1. Menggunakan ISO 200 tapi ketika merakamkan gambar butang ISO diletakkan pada 400 pada kebiasaannya gambar akan memberikan kesan underexpose. Maksudnya jika anda pergi memproses cara biasa.

Namun begitu ada satu proses yang dinamakan Push-Up Develop dimana apabila filem dihantar ke makmal (bukan kedai biasa) anda cuma beritahu bahawa filem anda dirakam cara push-up ke ISO 400. Hasilnya negatif akan normal. Jurufoto Professional kerap melakukan teknik ini  terutamanya Jurufoto Akhbar. Tujuannya untuk mendapatkan shutter speed tinggi (laju). Ada yang menggunakan ISO 400 di push menjadi 800 atau 1000.

2. Teknik ini dinamakan Double Expose.  Jika dilakukan ketika mencetak gambar ianya diistilahkan Double Print (tak kiralah samada gambar warna/atau hitam putih). Untuk melakukan teknik ini anda perlu menggunakan butang Multille exposer lever yang terdapat pada kamera terlekat pada Filem Revind. Butang ini jika ditekan akan menyebabkan filem tidak bergerak. Bermakna jika anda mengguna exposer ke sepuluh maka filem itu masih berada pada frame yang sama. Ini menyebabkan filem itu tidak bergerak. Jika yang pertama anda klik gambar orang maka yang kedua anda akan klik gambar kamera. Teknik ini perlukan latihan.

3. Harga barangan susah saya nak komen. Mungkin kedai yang saudara pergi tu bukan kedai yang mendapat terus dari pembekal. Pengalaman saya membeli filter tersebut tidak semahal itu!

4. Filter UV (Ultra Voilet) boleh digunakan sepanjang masa. Kesannya tidak ketara. Malahan filter UV membantu menghilangkan kesan UV jika ada. Terutamannya jika rakaman dilakukan waktu siang. Waalahuwaklam.

@RaaiMan 26052001 TahPermai.